GEJALA ROGOL
Masalah sosial semakin serius di
negara kita, kes rogol adalah salah satu daripadanya. Perkataan rogol berasal
dari perkataan Latin ‘rapere’ yang bermaksud merampas atau mencuri. Rogol atau
pencabulan merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa
untuk melakukan hubungan seks tanpa keizinan atau kerelaan mangsa itu. Rogol
boleh juga merujuk kepada berlakunya hubungan seksual dengan kerelaan mangsa
tetapi dari segi undang-undang mangsa tersebut belum cukup umur, ini dikenali
sebagai “rogol statutori”. Istilah “rogol dating” atau “rogol kenalan” dalam
bahasa pasar merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang bertemu
berdua-duaan atau berkenalan. Di Amerika Syarikat, “Laporan Jenayah Seragam”
(Uniform Crime Reports) menggunakan istilah “rogol paksaan” untuk menjelaskan
perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki.
Punca-punca berlakunya kes rogol adalah
disebabkan pengaruh media massa. Media massa seperti komputer dan televisyen
banyak menayangkan rancangan-rancangan yang berunsurkan Barat. Filem-filem
lucah dan bahan-bahan pornografi mudah didapati oleh semua orang melalui
internet. Ini bermakna filem-filem tersebut yang pada masa dahulunya hanya
boleh disiarkan di negara-negara Barat, kini boleh didapati di Malaysia dan
ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu, lambakan bahan picisan
yang berunsurkan seks juga mudah didapati kerana dijual di merata-rata tempat
dengan harga yang murah. Media massa juga menyampaikan maklumat fesyen-fesyen
terkini yang kebanyakannya menjolok mata atau berpakaian seksi menyebabkan kes
rogol berlaku.
Pegangan agama yang rapuh juga punca
berlakunya kes rogol. Dalam kalangan setengah masyarakat, kita didapati agama
mereka tidak lagi memainkan peranan penting dalam kehidupan. Menurut sumber
daripada Metro yang berjudul 'Menantu
Setan Keroyok Mentua' oleh Musa Hassan pada 18 Ogos 2014, perkara ini berlaku
disebabkan kurang didikan agama. Hal ini demikian kerana menantu itu sanggup
merogol mentuanya yang sememangnya bercanggah dalam agama. Tanpa didikan agama, mereka tidak dapat
membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk. Mereka tidak dapat bertindak
secara rasional dan lebih suka mengikut emosi untuk mengatasi sesuatu masalah.
Oleh itu, mereka mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti kes rogol.
Tetapi jika seseorang itu adanya didikan agama dalam hati dia, didikan itu
boleh menjadi benteng yang kukuh untuk menahankan dia daripada melakukan
perbuatan yang tidak baik. Masyarakat yang tidak berpegang agama tidak takut
membuat dosa kerana beranggapan perbuatan tersebut tidak mendapat pembalasan
Tuhan pada masa itu.
Selain itu, sikap masyarakat yang
bersifat tidak peduli, individualistik dan materialistik menyebabkan kes rogol
berlaku berleluasa. Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal
kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan
masalah yang sedia wujud. Menurut kajian, kebanyakan kes rogol banyak berlaku
di bandar, sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa-apa perkara
yang berlaku di sekeliling mereka menyebabkan perogol merasakan diri mereka
bebas untuk meneruskan gejala negatif ini kerana mereka tahu tidak ada sesiapa
yang akan ambil peduli.
Kesan kes rogol terhadap mangsa ialah
kesan kepada psikologi. Mangsa rogol biasanya didapati mengidap Sindrom
Renjatan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS). Mangsa tersebut akan berasa
dosa, malu, terhina, ketegangan, kemarahan dan ketidakselesaan pada perut.
Mangsa rogol mungkin juga berhadapan dengan kehamilan yang tidak diingini,
penyakit kelamin, gangguan tidur, perasaan takut yang melampau, gagal dalam
perhubungan dan lain-lain. Mereka yang mengalami trauma secara psikologi
mungkin akan menunjukkan tingkah laku untuk membunuh diri dan memerlukan pertolongan
daripada pakar psikiatri. Kesejahteraan sosial digugat akibat daripada
berlakunya kes rogol. Apabila kes rogol berlaku di sekeliling kita,
ketenteraman awam akan diganggu, masyarakat akan berasa tidak selamat. Mereka
akan sentiasa bimbang tentang keselamatan diri, keluarga dan kawan mereka.
Jika bilangan kes rogol di negara kita
semakin meningkat ia akan menjejaskan imej negara. Negara-negara lain akan
memandang rendah kredibiliti negara kita, maka pelancong asing akan
mengurangkan minat mereka untuk membuat pelancongan. Pelancong asing yang
melancong di negara kita dan melihat gejala ini berlaku berleluasa, mereka akan
menceritakan kepada kawan-kawan yang lain apabila mereka balik ke negara asal
mereka. Media massa negara asing akan mengheboh-hebohkan perkara tersebut lalu
menjejaskan imej negara kita. Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala
kes rogol, antaranya ialah peranan kerajaan memainkan peranan yang penting.
Kerajaan haruslah melancarkan pelbagai kempen ataupun program tentang kes rogol
kepada semua kalangan masyarakat. Kerajaan boleh memaparkan informasi yang
berkaitan melalui media massa sedia ada. Selain itu, hukuman terhadap perogol
juga boleh dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.
Media massa seperti surat khabar,
internet dan lain-lain juga memainkan peranan yang amat penting. Media massa
sebagai alat penyampaian informasi terkini patutlah berhati-hati semasa memilih
bahan yang ingin diterbitkan atau ditayangkan. Bahan yang dipilih mestilah
bahan yang bermutu dan bukanlah memilih bahan yang berbentuk komersial sahaja
atau boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat atau dirinya sendiri. Media
massa seharusnya jangan mendedahkan filem-filem atau program hiburan yang
mempamerkan unsur-unsur lucah.
Individu itu sendiri juga boleh
mengelakkan diri dia sendiri daripada terlibat dalam kes rogol. Pemakaian kita
seharusnya jangan terlalu menjolok mata orang lain atau pemakaian yang terlalu
seksi lalu menyebabkan perhatian orang lain tertumpu kepada kita. Jangan
mendedahkan diri kepada unsur-unsur mengandungi lucah. Kaum wanita harus
bertegas dalam menjaga kehormatan diri dan tidak mudah terpedaya dengan pujuk
rayu lelaki. Elakkan daripada pulang ke rumah di waktu malam atau melalui
lorong-lorong gelap dan sunyi, jika memang perlulah balik rumah pada waktu
malam pastikan sentiasa di teman rakan yang sama jantina.
Berdasarkan undang-undang di Malaysia,
hukuman terhadap perogol ialah jika dia disabitkan bersalah, dia akan dihukum
mandatori minima selama 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun penjara termasuk
dirotan. Di negeri-negeri Amerika Syarikat, rogol boleh mengakibatkan hukuman
mati pada awal abad ke-20an.
Kesimpulannya, semua pihak perlu
berganding bahu menangani gejala kes rogol ini supaya tidak menjadi lebih
serius lagi. Mangsa-mangsa rogol sepatutnya membuat laporan supaya perogol itu
boleh ditangkap dan dihukum.
VANDALISME
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat
seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.
Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang
telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah
ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme
merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak
puas hati terhadap kondisi mayarakat. Menurut sumber daripada akhbar Metro oleh Michelle Gun, tren Komuter dijadikan mangsa kepada Vandalisme yang menyebabkan kerugian beribu ringgit semata-mata untuk membaiki kerosakan yang berlaku.
KESAN
Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini
mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan
tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan
kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan
begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat
luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang
disediakan.
Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai
kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk
menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup
terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak
menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan
oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.
Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut
membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa
membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan
awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini
membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan
untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.
Rokok
Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut
berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun
berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm berbeda mengikut
negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar
asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Bahaya kandungan rokok
Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita
rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan
rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser
payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok,
pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit jantung,
Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi,
Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi,
Kerosakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa
pula perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung
menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara
langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari
mulut orang yang sedang merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini
merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanser
paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan
bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit
kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak
nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar 50 kali
lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap rokok terhadap ibu
hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran janin/bayi Tumbesaran janin
terencat – 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri
(abruption placenta) Berat badan berkurang – 20 hingga 30% Bahaya asap rokok
terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan
kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom
kematian secara mendadak.
Berdasarkan sumber daripada akhbar Berita Harian, faktor gejala rokok meningkat adalah disebabkan kes seludup yang berlaku di negara Malaysia.
Kesan merokok
Dari segi kesihatan
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh
badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan
tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan
jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di
sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke
paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang
perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan
fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan
oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh
mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar
pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang
berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.
Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah
merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.Ini pula
merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakankesihatan diri
kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan
fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin
yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok
secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung
dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan
menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok
tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis,
mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada
paru-paru).
Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil
punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama
kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok
juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui
merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada
kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga
bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang
lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap
rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok
pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung
seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran,
mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan.
Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam
kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat
badan.
Dari segi alam sekitar
Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh
mencemarkan persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi,
bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang
sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan
segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan
alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan
pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain
seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan
menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh,
apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir
kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini
boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk
membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.Kebakaran juga
menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbonmonoksida meningkat
dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafasdan menaikkan
suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan
manusia sendiri.
Dari segi sosial
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok
adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan
seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan
bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk
menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat
seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah
sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji
selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada
pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja
bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.
Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang
mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara-
perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga
mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang tinggi.Selain itu, ibu bapa
yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk merokok. Ini kerana
anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa keburukan.
Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang
bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa
yangdilakukan oleh ibubapa mereka.
Dari segi ekonomi
Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran.
Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli
rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi
perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan,
memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain
lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran
harta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop,
golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan
yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang
terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila
pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang
tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus
dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan
mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan
mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi
negara.
PORNOGRAFI
Kata lucah, berasal dari dua kata Yunani, porneia (porneia)
yang bererti seksualiti yang tak bermoral atau tak beretika (sexual immorality)
atau yang popular disebut sebagai zina dan grafe yang bermaksud kitab atau
tulisan. Kata kerja porneuw (porneo) bererti melakukan tindakan seksual tak bermoral
(berzina = commit sexual immorality) dan kata benda pornh (porne) bererti zina
atau juga pelacuran. Rupanya dalam dunia Yunani kuno, kaum laki-laki yang
melakukan zina, maka muncul istilah pornoz yang artinya laki-laki yang
melakukan amalan seksual yang tak bermoral. Tidak ada bentuk kata feminin untuk
porno. Kata Grafh (grafe) pada mulanya diertikan sebagai kitab suci, tetapi
kemudian hanya bererti kitab atau tulisan. Ketika kata itu dirangkai dengan
kata porno menjadi pornografi, maka yang dimaksudkannya adalah tulisan atau
penggambaran tentang seksualiti yang tak bermoral, baik secara tertulis maupun
secara lisan. Maka sering anak-anak muda yang mengucapkan kata-kata berbau seks
disebut sebagai porno. Dengan sendirinya tulisan yang memakai kata-kata yang
bersangkut dengan seksualiti dan memakai gambar-gambar yang memunculkan alat
kelamin atau hubungan kelamin adalah pornografi.
PEMERDAGANGAN MANUSIA
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan
yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti
buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih
sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan,
perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan
buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa
orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba
atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk
untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah,
perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis
dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.
Kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia dan penyeludupan
migran ke Malaysia telah menjadi satu isu baru yang perlu ditangani oleh semua
pihak yang berkenaan khususnya kerajaan Malaysia. Keadaan ini menjadi semakin
serius apabila Malaysia telah dilabel sebagai negara transit dan negara
destinasi bagi kes pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara. Sehubungan
dengan itu juga Malaysia telah di letak pada tahap Tier 2WL oleh PBB akibat
daripada peningkatan kes pemerdagangan manusia. Kebanjiran mangsa kes
pemerdagangan manusia ini telah memberi implikasi negatif terhadap kedaulatan
negara. Selain keselamatan sosial, mangsa pemerdagangan manusia ini juga
berpotensi untuk menjadi ancaman kepada aspek keselamatan yang lain. Sungguhpun
begitu, tujuan kertas kerja ini hanya memberi tumpuan kepada isu-isu
keselamatan yang berpotensi dicetuskan oleh para pedagang manusia dan kesannya
kepada keselamatan negara. Kaedah pengkajian yang digunakan dalam kajian ini
adalah dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual dan dokumen
sekunder dalam usaha untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat atau data yang
mempunyai kaitan dengan kes pemerdagangan manusia. Kajian mendapati masalah
sosial yang disebabkan oleh peningkatan kes pemerdagangan manusia ini boleh
dilihat,pertama sebagai mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan negara
Malaysia dan timbulnya rasa kebencian oleh penduduk tempatan. Kedua, kebanjiran
mangsa pemerdagangan manusia ini berupaya mempengaruhi profil demografi
penduduk terutamanya di bandar-bandar besar.Akhir sekali,peningkatan kes
pemerdagangan manusia ini juga mampu menggugat keselamatan dalam negeri ekoran
daripada peningkatan kes-kes jenayah yang membabitkan warga asing. Oleh
demikian disarankan agar kehadiran mereka ini perlu dikawal dan dipantau oleh pihak
yang berwajib.Untuk itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan akta yang sedia
ada untuk mengawal kemasukkan mangsa pemerdagangan manusia. Selain daripada itu
kerajaan harus mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap warga asing mahupun
tempatan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira status
dan jawatan.
KESAN-KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN KEPADA
NEGARA
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan
pesat. Projek pembangunanraksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya,
wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga
kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari
rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah
menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan
untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis,
tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka.
Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula
kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan
sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing
juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak
tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan
pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara
pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak
berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya
terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka
terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering
berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman
perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini
menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga
Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi.
Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun
Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang
hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan
meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya,
pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal
dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin.
Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya.
Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan
rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing
tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan
mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin,
juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan
secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan
hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan
kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan.
Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara
pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej
negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran
kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan
perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak
majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan,
pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini
pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat
kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka
melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual
barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang
menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika
nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit.
Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara.
Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan
masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita
tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
LUMBA HARAM
Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang
diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba
haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan
perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu
tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan
raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa
pelumba haram itu sendiri.
Sebab-sebab
Sebagai salah satu cara golongan remaja mencari
keseronokan dan kepuasan.
Tuntutan ego remaja – hendak menunjukkan kehebatan,
keberanian, kemahiran, dan sebagainya.
Sebagai salah satu cara untuk memperoleh hadiah dan wang
melalui pertaruhan.
Ketiadaan trek lumba motosikal percuma.
Kesan negatif
1. Mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram mudah
terjerumus dalam kegiatan jenayah, seperti pergaduhan, perjudian, pengambilan
dadah, seks bebas, dan sebagainya. (Huraikan contoh-contoh yang diberi)
2.Mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising dan
berlagak samseng.
3.Mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain
seperti bersikap agresif semasa berlumba, bertindak ganas jika dihalang,
menunggang secara berbahaya, melanggar peraturtan jalan raya dan sebagainya.
(Huraikan setiap contoh itu)
4.Menyusahkan diri sendiri dan membahayakan diri sendiri
- kecederaan parah, kecacatan, dan
menjejaskan aktiviti harian serta boleh menyebabkan kematian.
5.Imej pihak berkuasa seperti polis dan JPJ tercalar
kerana kegagalan mereka mengatasi isu lumba haram. Mereka dituduh tidak
prihatin, tidak cekap, makan gaji buta, rasuah dan sebagainya.
PEMBUANGAN BAYI
PEMBUANGAN bayi dilakukan oleh wanita hasil perhubungan
luar nikah dan dilakukan lantaran si ibu bukan saja tidak mengingini bayi itu
sebaliknya tekanan diterima masyarakat berhubung status anak berkenaan.
Pengarah Institusi Pemulihan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor
(Perkid), Ustaz Masridzi Sat, berkata kes berkenaan dikesan dilakukan di
kalangan remaja yang terdesak akibat perhubungan bebas antara lelaki dan wanita
dan tidak tahu ke mana arah untuk mengadu nasib. Katanya, perbuatan pembuangan
bayi di lakukan sejak zaman Jahiliah lagi, tetapi apabila ia berlaku pada zaman
ini, membuktikan penyakit sosial itu sesuatu yang serius dan perlu ditangani
segera. Hari ini pembuangan bayi dilakukan mengikut dua cara iaitu sopan dan
biadap. ‘Sopan’ apabila dilakukan menerusi pengguguran haram di klinik atau
tempat tertentu ketika janin masih dalam kandungan dan diletakkan di masjid
atau rumah orang, tetapi dalam kes pembuangan yang dikategorikan sebagai biadap
pula apabila bayi berkenaan dibuang bagaikan sampah.
“Dalam kes biadap tadi,
bayi dijumpai selalunya mengalami kecacatan kerana ada tanda-tanda ia kesan
pemakanan ibu yang ingin menggugurkan kandungan itu menerusi pengambilan arak
dan sebagainya. Bagaimanapun pembunuhan yang tragis seperti memotong anggota
tubuh, membakar dan sebagainya, besar kemungkinan di lakukan oleh ibu di bawah
pengaruh dadah menjadikan tindakan diambil itu tidak waras,” katanya ketika
ditemui baru-baru ini. Perbuatan zina hingga melahirkan bayi dilakukan akibat
pergaulan bebas. Dan dalam kebanyakan kes didapati di Perkid, 90 peratus
daripada remaja mengatakan perbuatan melampau mereka berpunca daripada ibu bapa
yang tidak berperanan dalam mendidik anak-anak ke jalan yang diredai Allah.
Perkid, berjuang lebih 15 tahun membantu ibu bapa, guru serta pelbagai lapisan
masyarakat dalam usaha menyelamatkan anak-anak umat Islam daripada bencana
penyakit sosial dengan menubuhkan lima institusi pemulihan yang terbukti
berjaya. Ia ditubuhkan bukan hanya merawat kes yang parah, sebaliknya turut
turun padang menjalankan usaha dakwah dan cegah mungkar di lokasi remaja
melakukan maksiat. Ia turut menawarkan program pencegahan khusus untuk membantu
pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat mendidik anak atau pelajar melalui
beberapa pakej program ditawarkan. Menerusi operasi dakwah dan cegah maksiat
pula, ia dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa agama, pihak berkuasa
tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan sebagainya.
FAKTA: Apa yang
perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi Pembuangan bayi adalah satu jenayah.
Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di
luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan
akibat yang bakal ditanggung. Kesan : • Sudut Perubatan.Kadar kematian bayi
lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Kesihatan ibu
yang terjejas akibat kehilangan darah; jangkitan kuman; kecederaan sewaktu
bersalin; psikologi dan sosial. • Sudut psikologi dan sosial. Murung , Hilang
keyakinan diri, Rasa bersalah , Resah atau gelisah , Masalah emosi dan hubungan
interpersonal • Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi. • Putus
hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan. Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi? •
Selalu tanam dalam fikiran, badan anda adalah tanggungjawab anda, justeru
jagalah badan anda dengan baik. • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan
lucah. • Babitkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam,
aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela. Di mana anda boleh mendapatkan
bantuan jika anda hamil? Dapatkan bantuan dari: • Ibu bapa sekiranya anda boleh
berbincang dengan mereka. • Kaunselor sekolah. • Guru sekolah. • Doktor dan
anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan. • Pegawai
kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan. Implikasi
undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001
(Child Act) - Akta 611: • Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan
dijaga. • Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai
anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di
tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah. Di dalam rang Undang-undang
Jenayah Malaysia penal code: • Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan
hukuman penjara selama 20 tahun.
HOMOSEKSUAL
Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah
"sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti
"sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Istilah
homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan
pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny,
kelahiran Austria.
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5
Jun 1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar
terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles.
Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal
penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti,
di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti.
Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam
kalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS
kembali meningkat dalam kalangan gay melalui tempat mandi umum, tempat popular
bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran
AIDS dalam kalangan homoseksual.
DADAH
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan
"Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif
penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use",
"misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan
perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse
of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada
sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari
segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.
Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi
ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri
mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan
"antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah
rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah
rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada
individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan
ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang
dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan
masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan
Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan
penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu
dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda.
Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
KESAN-KESAN DADAH
1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf
tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat
mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .
3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan
apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti
keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi
semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman ,
percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga
dan masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya
samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana
penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup
melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana
memerlukan wang untuk membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .
(DEFINISI GEJALA SOSIAL JENIS BULI).
didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan
seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang
dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.
Memang tidak boleh
dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin
berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat
merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi
semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar
sekolah dan institusi pengajian tinggi awam. Banyak faktor yang mendorong
kepada berlakunya gejala buli ini, bak kata pepatah Melayu Jika tidak kerana
angin, masakan pokok bergoyang. Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada
penyembuhnya.. Terdapat banyak langkah yang efektif boleh dijalankan bagi
membendung gejala ini. Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang
penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan
teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan
ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan atau tindak tanduk ibu bapa sentiasa betul
dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berkelakuan baik di hadapan anak-anak
sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Bak kata pepatah bapa borek, anak rintik, seperti ketam mengajar anaknya
berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Tambahan lagi, di samping
mengejar kesenangan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga seharus
sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan
memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka
tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk peribadi anak
mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu
dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang
ternampak kes buli yang berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan
diri untuk membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu
dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan semua. Manakala, pihak
sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha
mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan
menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak
dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak
sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki terlibat dalam kes buli dan
juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar
tersebut dan mencari jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman
yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu
lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan
peraturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar
supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat
kesalahan seperti penglibatan dalam gejala buli.
Seterusnya, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan
aktif dalam membendung gejala ini. Kementerian Pendidikan dan juga pihak
sekolah harus mengambil berat isu kes buli ini. Pendidikan Islam, Pendidikan
Sivik dan sebagainya perlu diperkasakan. Melalui pendidikan ini,para pelajar
mulai sedar akan baik buruk buli serta menjauhi gejala yang negatif itu.
Kerajaan juga perlu bergabung dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen
kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala buli. Melalui cara ini, remaja
dapat mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala
membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.
Contohya, kempen ANTI BULI yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat
sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes buli dapat dikurangkan di sekitar
kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian
negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan
berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang
ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin
semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting
dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh hal itu, semua pihak haruslah
sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini
walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini.
Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang
dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.