Monday, 18 August 2014

GEJALA ROGOL

             Masalah sosial semakin serius di negara kita, kes rogol adalah salah satu daripadanya. Perkataan rogol berasal dari perkataan Latin ‘rapere’ yang bermaksud merampas atau mencuri. Rogol atau pencabulan merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tanpa keizinan atau kerelaan mangsa itu. Rogol boleh juga merujuk kepada berlakunya hubungan seksual dengan kerelaan mangsa tetapi dari segi undang-undang mangsa tersebut belum cukup umur, ini dikenali sebagai “rogol statutori”. Istilah “rogol dating” atau “rogol kenalan” dalam bahasa pasar merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang bertemu berdua-duaan atau berkenalan. Di Amerika Syarikat, “Laporan Jenayah Seragam” (Uniform Crime Reports) menggunakan istilah “rogol paksaan” untuk menjelaskan perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki.

      Punca-punca berlakunya kes rogol adalah disebabkan pengaruh media massa. Media massa seperti komputer dan televisyen banyak menayangkan rancangan-rancangan yang berunsurkan Barat. Filem-filem lucah dan bahan-bahan pornografi mudah didapati oleh semua orang melalui internet. Ini bermakna filem-filem tersebut yang pada masa dahulunya hanya boleh disiarkan di negara-negara Barat, kini boleh didapati di Malaysia dan ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu, lambakan bahan picisan yang berunsurkan seks juga mudah didapati kerana dijual di merata-rata tempat dengan harga yang murah. Media massa juga menyampaikan maklumat fesyen-fesyen terkini yang kebanyakannya menjolok mata atau berpakaian seksi menyebabkan kes rogol berlaku.

      Pegangan agama yang rapuh juga punca berlakunya kes rogol. Dalam kalangan setengah masyarakat, kita didapati agama mereka tidak lagi memainkan peranan penting dalam kehidupan. Menurut sumber daripada Metro yang berjudul 'Menantu Setan Keroyok Mentua' oleh Musa Hassan pada 18 Ogos 2014, perkara ini berlaku disebabkan kurang didikan agama. Hal ini demikian kerana menantu itu sanggup merogol mentuanya yang sememangnya bercanggah dalam agama.  Tanpa didikan agama, mereka tidak dapat membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk. Mereka tidak dapat bertindak secara rasional dan lebih suka mengikut emosi untuk mengatasi sesuatu masalah. Oleh itu, mereka mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti kes rogol. Tetapi jika seseorang itu adanya didikan agama dalam hati dia, didikan itu boleh menjadi benteng yang kukuh untuk menahankan dia daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. Masyarakat yang tidak berpegang agama tidak takut membuat dosa kerana beranggapan perbuatan tersebut tidak mendapat pembalasan Tuhan pada masa itu.





      Selain itu, sikap masyarakat yang bersifat tidak peduli, individualistik dan materialistik menyebabkan kes rogol berlaku berleluasa. Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian, kebanyakan kes rogol banyak berlaku di bandar, sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa-apa perkara yang berlaku di sekeliling mereka menyebabkan perogol merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini kerana mereka tahu tidak ada sesiapa yang akan ambil peduli.

      Kesan kes rogol terhadap mangsa ialah kesan kepada psikologi. Mangsa rogol biasanya didapati mengidap Sindrom Renjatan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS). Mangsa tersebut akan berasa dosa, malu, terhina, ketegangan, kemarahan dan ketidakselesaan pada perut. Mangsa rogol mungkin juga berhadapan dengan kehamilan yang tidak diingini, penyakit kelamin, gangguan tidur, perasaan takut yang melampau, gagal dalam perhubungan dan lain-lain. Mereka yang mengalami trauma secara psikologi mungkin akan menunjukkan tingkah laku untuk membunuh diri dan memerlukan pertolongan daripada pakar psikiatri. Kesejahteraan sosial digugat akibat daripada berlakunya kes rogol. Apabila kes rogol berlaku di sekeliling kita, ketenteraman awam akan diganggu, masyarakat akan berasa tidak selamat. Mereka akan sentiasa bimbang tentang keselamatan diri, keluarga dan kawan mereka.

      Jika bilangan kes rogol di negara kita semakin meningkat ia akan menjejaskan imej negara. Negara-negara lain akan memandang rendah kredibiliti negara kita, maka pelancong asing akan mengurangkan minat mereka untuk membuat pelancongan. Pelancong asing yang melancong di negara kita dan melihat gejala ini berlaku berleluasa, mereka akan menceritakan kepada kawan-kawan yang lain apabila mereka balik ke negara asal mereka. Media massa negara asing akan mengheboh-hebohkan perkara tersebut lalu menjejaskan imej negara kita. Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala kes rogol, antaranya ialah peranan kerajaan memainkan peranan yang penting. Kerajaan haruslah melancarkan pelbagai kempen ataupun program tentang kes rogol kepada semua kalangan masyarakat. Kerajaan boleh memaparkan informasi yang berkaitan melalui media massa sedia ada. Selain itu, hukuman terhadap perogol juga boleh dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

      Media massa seperti surat khabar, internet dan lain-lain juga memainkan peranan yang amat penting. Media massa sebagai alat penyampaian informasi terkini patutlah berhati-hati semasa memilih bahan yang ingin diterbitkan atau ditayangkan. Bahan yang dipilih mestilah bahan yang bermutu dan bukanlah memilih bahan yang berbentuk komersial sahaja atau boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat atau dirinya sendiri. Media massa seharusnya jangan mendedahkan filem-filem atau program hiburan yang mempamerkan unsur-unsur lucah.

      Individu itu sendiri juga boleh mengelakkan diri dia sendiri daripada terlibat dalam kes rogol. Pemakaian kita seharusnya jangan terlalu menjolok mata orang lain atau pemakaian yang terlalu seksi lalu menyebabkan perhatian orang lain tertumpu kepada kita. Jangan mendedahkan diri kepada unsur-unsur mengandungi lucah. Kaum wanita harus bertegas dalam menjaga kehormatan diri dan tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. Elakkan daripada pulang ke rumah di waktu malam atau melalui lorong-lorong gelap dan sunyi, jika memang perlulah balik rumah pada waktu malam pastikan sentiasa di teman rakan yang sama jantina.

       Berdasarkan undang-undang di Malaysia, hukuman terhadap perogol ialah jika dia disabitkan bersalah, dia akan dihukum mandatori minima selama 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun penjara termasuk dirotan. Di negeri-negeri Amerika Syarikat, rogol boleh mengakibatkan hukuman mati pada awal abad ke-20an.


      Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu menangani gejala kes rogol ini supaya tidak menjadi lebih serius lagi. Mangsa-mangsa rogol sepatutnya membuat laporan supaya perogol itu boleh ditangkap dan dihukum.



VANDALISME

Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat. Menurut sumber daripada akhbar Metro oleh Michelle Gun, tren Komuter dijadikan mangsa kepada Vandalisme yang menyebabkan kerugian beribu ringgit semata-mata untuk membaiki kerosakan yang berlaku.







KESAN
Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan.

Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.



Rokok

Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm berbeda mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Bahaya kandungan rokok
Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita rokok dapat menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran pernafasan kronik Strok, pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan osteoporosis Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk, Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi, Kerosakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa pula perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif. Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran janin/bayi Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta) Berat badan berkurang – 20 hingga 30% Bahaya asap rokok terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian secara mendadak.

Berdasarkan sumber daripada akhbar Berita Harian, faktor gejala rokok meningkat adalah disebabkan kes seludup yang berlaku di negara Malaysia.



Kesan merokok
Dari segi kesihatan
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).
Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan.


Dari segi alam sekitar
Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh mencemarkan persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbonmonoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafasdan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.

Dari segi sosial
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.
Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu daningin mencuba yang tinggi.Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anak- anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yangdilakukan oleh ibubapa mereka.

Dari segi ekonomi
Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta.Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksamenanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara.


PORNOGRAFI
Kata lucah, berasal dari dua kata Yunani, porneia (porneia) yang bererti seksualiti yang tak bermoral atau tak beretika (sexual immorality) atau yang popular disebut sebagai zina dan grafe yang bermaksud kitab atau tulisan. Kata kerja porneuw (porneo) bererti melakukan tindakan seksual tak bermoral (berzina = commit sexual immorality) dan kata benda pornh (porne) bererti zina atau juga pelacuran. Rupanya dalam dunia Yunani kuno, kaum laki-laki yang melakukan zina, maka muncul istilah pornoz yang artinya laki-laki yang melakukan amalan seksual yang tak bermoral. Tidak ada bentuk kata feminin untuk porno. Kata Grafh (grafe) pada mulanya diertikan sebagai kitab suci, tetapi kemudian hanya bererti kitab atau tulisan. Ketika kata itu dirangkai dengan kata porno menjadi pornografi, maka yang dimaksudkannya adalah tulisan atau penggambaran tentang seksualiti yang tak bermoral, baik secara tertulis maupun secara lisan. Maka sering anak-anak muda yang mengucapkan kata-kata berbau seks disebut sebagai porno. Dengan sendirinya tulisan yang memakai kata-kata yang bersangkut dengan seksualiti dan memakai gambar-gambar yang memunculkan alat kelamin atau hubungan kelamin adalah pornografi.








PEMERDAGANGAN MANUSIA
Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.




Kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran ke Malaysia telah menjadi satu isu baru yang perlu ditangani oleh semua pihak yang berkenaan khususnya kerajaan Malaysia. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila Malaysia telah dilabel sebagai negara transit dan negara destinasi bagi kes pemerdagangan manusia di rantau Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu juga Malaysia telah di letak pada tahap Tier 2WL oleh PBB akibat daripada peningkatan kes pemerdagangan manusia. Kebanjiran mangsa kes pemerdagangan manusia ini telah memberi implikasi negatif terhadap kedaulatan negara. Selain keselamatan sosial, mangsa pemerdagangan manusia ini juga berpotensi untuk menjadi ancaman kepada aspek keselamatan yang lain. Sungguhpun begitu, tujuan kertas kerja ini hanya memberi tumpuan kepada isu-isu keselamatan yang berpotensi dicetuskan oleh para pedagang manusia dan kesannya kepada keselamatan negara. Kaedah pengkajian yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual dan dokumen sekunder dalam usaha untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat atau data yang mempunyai kaitan dengan kes pemerdagangan manusia. Kajian mendapati masalah sosial yang disebabkan oleh peningkatan kes pemerdagangan manusia ini boleh dilihat,pertama sebagai mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan negara Malaysia dan timbulnya rasa kebencian oleh penduduk tempatan. Kedua, kebanjiran mangsa pemerdagangan manusia ini berupaya mempengaruhi profil demografi penduduk terutamanya di bandar-bandar besar.Akhir sekali,peningkatan kes pemerdagangan manusia ini juga mampu menggugat keselamatan dalam negeri ekoran daripada peningkatan kes-kes jenayah yang membabitkan warga asing. Oleh demikian disarankan agar kehadiran mereka ini perlu dikawal dan dipantau oleh pihak yang berwajib.Untuk itu, pihak kerajaan perlu menguatkuasakan akta yang sedia ada untuk mengawal kemasukkan mangsa pemerdagangan manusia. Selain daripada itu kerajaan harus mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap warga asing mahupun tempatan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira status dan jawatan.


KESAN-KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN KEPADA NEGARA
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunanraksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.



LUMBA HARAM

Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri.



Sebab-sebab
Sebagai salah satu cara golongan remaja mencari keseronokan dan kepuasan.
Tuntutan ego remaja – hendak menunjukkan kehebatan, keberanian, kemahiran, dan sebagainya.
Sebagai salah satu cara untuk memperoleh hadiah dan wang melalui pertaruhan.
Ketiadaan trek lumba motosikal percuma.
Kesan negatif

1. Mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram mudah terjerumus dalam kegiatan jenayah, seperti pergaduhan, perjudian, pengambilan dadah, seks bebas, dan sebagainya. (Huraikan contoh-contoh yang diberi)

2.Mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising dan berlagak samseng.

3.Mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti bersikap agresif semasa berlumba, bertindak ganas jika dihalang, menunggang secara berbahaya, melanggar peraturtan jalan raya dan sebagainya. (Huraikan setiap contoh itu)

4.Menyusahkan diri sendiri dan membahayakan diri sendiri - kecederaan parah, kecacatan,  dan menjejaskan aktiviti harian serta boleh menyebabkan kematian.

5.Imej pihak berkuasa seperti polis dan JPJ tercalar kerana kegagalan mereka mengatasi isu lumba haram. Mereka dituduh tidak prihatin, tidak cekap, makan gaji buta, rasuah dan sebagainya.



PEMBUANGAN BAYI

PEMBUANGAN bayi dilakukan oleh wanita hasil perhubungan luar nikah dan dilakukan lantaran si ibu bukan saja tidak mengingini bayi itu sebaliknya tekanan diterima masyarakat berhubung status anak berkenaan. Pengarah Institusi Pemulihan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Ustaz Masridzi Sat, berkata kes berkenaan dikesan dilakukan di kalangan remaja yang terdesak akibat perhubungan bebas antara lelaki dan wanita dan tidak tahu ke mana arah untuk mengadu nasib. Katanya, perbuatan pembuangan bayi di lakukan sejak zaman Jahiliah lagi, tetapi apabila ia berlaku pada zaman ini, membuktikan penyakit sosial itu sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera. Hari ini pembuangan bayi dilakukan mengikut dua cara iaitu sopan dan biadap. ‘Sopan’ apabila dilakukan menerusi pengguguran haram di klinik atau tempat tertentu ketika janin masih dalam kandungan dan diletakkan di masjid atau rumah orang, tetapi dalam kes pembuangan yang dikategorikan sebagai biadap pula apabila bayi berkenaan dibuang bagaikan sampah.

 “Dalam kes biadap tadi, bayi dijumpai selalunya mengalami kecacatan kerana ada tanda-tanda ia kesan pemakanan ibu yang ingin menggugurkan kandungan itu menerusi pengambilan arak dan sebagainya. Bagaimanapun pembunuhan yang tragis seperti memotong anggota tubuh, membakar dan sebagainya, besar kemungkinan di lakukan oleh ibu di bawah pengaruh dadah menjadikan tindakan diambil itu tidak waras,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Perbuatan zina hingga melahirkan bayi dilakukan akibat pergaulan bebas. Dan dalam kebanyakan kes didapati di Perkid, 90 peratus daripada remaja mengatakan perbuatan melampau mereka berpunca daripada ibu bapa yang tidak berperanan dalam mendidik anak-anak ke jalan yang diredai Allah.

 Perkid, berjuang lebih 15 tahun membantu ibu bapa, guru serta pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha menyelamatkan anak-anak umat Islam daripada bencana penyakit sosial dengan menubuhkan lima institusi pemulihan yang terbukti berjaya. Ia ditubuhkan bukan hanya merawat kes yang parah, sebaliknya turut turun padang menjalankan usaha dakwah dan cegah mungkar di lokasi remaja melakukan maksiat. Ia turut menawarkan program pencegahan khusus untuk membantu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat mendidik anak atau pelajar melalui beberapa pakej program ditawarkan. Menerusi operasi dakwah dan cegah maksiat pula, ia dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa agama, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan sebagainya. 

FAKTA: Apa yang perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Kesan : • Sudut Perubatan.Kadar kematian bayi lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah; jangkitan kuman; kecederaan sewaktu bersalin; psikologi dan sosial. • Sudut psikologi dan sosial. Murung , Hilang keyakinan diri, Rasa bersalah , Resah atau gelisah , Masalah emosi dan hubungan interpersonal • Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi. • Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan. Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi? • Selalu tanam dalam fikiran, badan anda adalah tanggungjawab anda, justeru jagalah badan anda dengan baik. • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah. • Babitkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela. Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil? Dapatkan bantuan dari: • Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka. • Kaunselor sekolah. • Guru sekolah. • Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan. • Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan. Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611: • Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. • Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah. Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code: • Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.






HOMOSEKSUAL

Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiran Austria.
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles.

 Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awal-awal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti. 
Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dalam kalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dalam kalangan gay melalui tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran AIDS dalam kalangan homoseksual. 



DADAH

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".


KESAN-KESAN DADAH

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .
3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

(DEFINISI GEJALA SOSIAL JENIS BULI).

didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya.

 Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam. Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala buli ini, bak kata pepatah Melayu Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.. Terdapat banyak langkah yang efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini. Antaranya ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan  atau tindak tanduk ibu bapa sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berkelakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah bapa borek, anak rintik, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Tambahan lagi, di samping mengejar kesenangan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga seharus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk peribadi anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan semua. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki terlibat dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mencari jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin dan peraturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahan seperti penglibatan dalam gejala buli.

Seterusnya, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan aktif dalam membendung gejala ini. Kementerian Pendidikan dan juga pihak sekolah harus mengambil berat isu kes buli ini. Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya perlu diperkasakan. Melalui pendidikan ini,para pelajar mulai sedar akan baik buruk buli serta menjauhi gejala yang negatif itu. Kerajaan juga perlu bergabung dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala buli. Melalui cara ini, remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain. Contohya, kempen ANTI BULI yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes buli dapat dikurangkan di sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh hal itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.


No comments:

Post a Comment